aRnAb KeLiNci rAbBiT bUnNy

     Arnab adalah antara haiwan yang menjadi kesayangan manusia, tapi tahukah kawan2 bahawa arnab tergolong dalam kumpulan family Leporidae yang tergolong dalam order lagomorpha. Arnab boleh hidup secara liar atau dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberi sumber makanan kepada manusia. Habitat asal arnab adalah padang rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah lembap mengikut kesesuaian spesisnya. Tempoh bunting bagi seekor arnab adalah 30 hingga 35 hari. Bagi seekor anak arnab pula umur bercerai susu 6 hingga 7 minggu. Ibu arnab biasanya menyusukan anaknya selama beberapa minit atau sekali atau dua kali sehari kerana susu arnab sangat berkhasiat untuk tumbesaran anak. Tempoh mengawan arnab sangat singkat iaitu selama 30 hingga 40 saat dan arnab jantan boleh menghasilkan sperma dalam tempoh setiap 5 minit. Untuk pengetahuan, arnab adalah haiwan yang 'kuat seks' sebab itulah gambar arnab digunakan sebagai lambang 'playboy'. Mengawankan arnab mestilah dilakukan pada cuaca sejuk seperti pagi atau malam. Arnab betina mestilah dimasukkan kedalam kandang arnab jantan jangan lakukan sebaliknya kerana arnab betina mempunyai territorial behaviour iaitu mempunyai sifat mempertahankan kawasan sendiri dan jangan letak meraka bersama terlalu lama paling lama 15 minit kerana mungkin akan mencederakan arnab jantan atau mengakibatkannya terbunuh. Arnab mengawan bila si jantan memanjat belakang si betina dan selesai apabila si jantan jatuh menggelungsur ke bawah atau jatuh terlentang. Ok lagi satu jangan pelik atau marah kalau arnab makan tinja/najisnya sendiri. Biasanya arnab akan makan tinjanya pada waktu malam kerana tinjanya pada waktu itu lembut berbentuk seperti gugusan buah anggur, sebenarnya tinja tersebut mengandungi 30% protien dan mempunyai bakteria baik yang membantu penghadaman arnab.

New Baby

Dua hari lepas BBR dpt lagi dua ekor anak rabbit anak Comely. Mulanya Comely macam tak reti je nak jaga baby dia maklumlah ini kali pertama dia jadi mama beranak pun atas dawai reban dia je padahal BBR dah sediakan kotak untuk dia beranak. Baby yang sekor tu hampir tersepit di celah dawai nasib baik pasukan wonderpet cepat datang untuk selamatkan baby comely hahaha...kalau tak mesti dah mati tersepit dan sejukan. Sebenarnya BBR risau kalau comely tak menyusukan anak-anak sebab dia tak cabut pun bulu bawah badan dia so BBR fikir macamana dia nk menyusukan anak dia. Alhamdulillah petang tadi BBR tengok perut babies Comely ade susu maknanya Comely menyusukan anak dia. Dekat bawah ni BBR letak gambar babies Comely..

Rasmi Reban Baru

Reban lama
Reban baru jugak
Reban arnab baru yang dah siap minggu lepas dirasmikan oleh Rico arnab ear lop yng baru je beli, Arnold & Emmort & anak-anak.


Reban baru

Bebudak 15 hari

baru belajar berjalan
Emmort
comel tak saye?
nak posing jugak
dengan mama diorang Emmort

siapa sakit??

 Dalam hidup kite ni tak lekang dgn masalah dan risiko betol  tak? kalau takde masalah bukan kehidupan  la namanye. Tak merasa la kite nikmat sebenar kehidupan (eh! teremosi lak hehehe). Sama la mcm BBR dan sesiapa saje yang ade membela arnab risiko yang salalu dihadapi dan ditanggung bila arnab kena penyakit cirit birit dan kurap. Tu tak termasuk lagi masalah-masalah lain macam ibu tak pandai jaga anak, ibu makan anak sendiri dan sebagainya. Tapi yang tu nanti la BBR cerita. Berbalik cerita pasal cirit birit dan kurap sebenarnya arnab di BBR (Daddy) dua hari lepas kena penyakit cirit birit ni kesian betol tgk dia ni,  tapi ni bukan kali pertama arnab di BBR kena cirit birit cuma kali ni agak teruk. Punca arnab cirit birit ni sebab terlebih makan makanan yang mempunyai banyak kandungan air contohnya kangkung dan sayuran hijau yang lain. Jadi, BBR pn buat keputusan untuk pergi veterinar tapi bukan Daddy yang BBR bawa tapi Arnold hehehe nak suntik ivermectin kat Arnold sebenarnya sebab kurap tapi mintak juga ubat untuk Daddy. Alhamdulillah lepas bagi Daddy makan ubat cirit birit tu, dia dah ok cuma selera makan je belom ade. Harap-harap lepas ni selera makan dia ok la balik

Permulaan Baru

Assalamualaikum & slm 1 Malaysia. Alhamdulillah dah sebulan lebih Bamboo Bunnies Rabbitry (BBR) tunggu penghuni baru, finally 31.1.2011 Emmort (New Zealand White) beranak 5 ekor semua anaknya. So far semua anak emmort nampak sihat. Mana taknye mama diorang tu pandai jaga diorang. Papa diorang namanye Arnold pun dr baka NZW. Sebenarnya dah 5 bln BBR wujud & jumlah penghuni BBR termasuk Emmort & Arnold sebelum kelahiran anak2 Emmort semuanya 9 ekor, Comely, Lolo, Mummy, Daddy, Kiki, Koko & Kiko tapi sekarang dah jd 14 ekor la... 
InsyaALLAH 23.2.2011  ni bertambah lagi la komuniti BBR sebab giliran Comely pulak beranak =)