aRnAb KeLiNci rAbBiT bUnNy

     Arnab adalah antara haiwan yang menjadi kesayangan manusia, tapi tahukah kawan2 bahawa arnab tergolong dalam kumpulan family Leporidae yang tergolong dalam order lagomorpha. Arnab boleh hidup secara liar atau dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberi sumber makanan kepada manusia. Habitat asal arnab adalah padang rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah lembap mengikut kesesuaian spesisnya. Tempoh bunting bagi seekor arnab adalah 30 hingga 35 hari. Bagi seekor anak arnab pula umur bercerai susu 6 hingga 7 minggu. Ibu arnab biasanya menyusukan anaknya selama beberapa minit atau sekali atau dua kali sehari kerana susu arnab sangat berkhasiat untuk tumbesaran anak. Tempoh mengawan arnab sangat singkat iaitu selama 30 hingga 40 saat dan arnab jantan boleh menghasilkan sperma dalam tempoh setiap 5 minit. Untuk pengetahuan, arnab adalah haiwan yang 'kuat seks' sebab itulah gambar arnab digunakan sebagai lambang 'playboy'. Mengawankan arnab mestilah dilakukan pada cuaca sejuk seperti pagi atau malam. Arnab betina mestilah dimasukkan kedalam kandang arnab jantan jangan lakukan sebaliknya kerana arnab betina mempunyai territorial behaviour iaitu mempunyai sifat mempertahankan kawasan sendiri dan jangan letak meraka bersama terlalu lama paling lama 15 minit kerana mungkin akan mencederakan arnab jantan atau mengakibatkannya terbunuh. Arnab mengawan bila si jantan memanjat belakang si betina dan selesai apabila si jantan jatuh menggelungsur ke bawah atau jatuh terlentang. Ok lagi satu jangan pelik atau marah kalau arnab makan tinja/najisnya sendiri. Biasanya arnab akan makan tinjanya pada waktu malam kerana tinjanya pada waktu itu lembut berbentuk seperti gugusan buah anggur, sebenarnya tinja tersebut mengandungi 30% protien dan mempunyai bakteria baik yang membantu penghadaman arnab.

0 comments:

Post a Comment